Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

- Pembakaran
Secara Terbuka
- Asap
Dari Kilang
- Asap
Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN
JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

|
Nilai IPU |
Status
|
|
0 - 50
|
Baik
|
|
51 - 100
|
Sederhana
|
|
101 - 200
|
Tidak Sihat
|
|
201 - 300
|
Sangat Tidak Sihat
|
|
301 - 500
|
Berbahaya
|
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui
media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa
di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

- Kanak-kanak
- Orang
tua
- Mereka
yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan - Perokok
- Mereka
yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada
Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

No comments:
Post a Comment